Aneh! Mayat Jadi Berat Kerena Makhluk Halus?

Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, Kota Tinggi disini, apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.



Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu. polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

"Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka. [] - [artikel berbahasa Malaysia]

Sumber / Source

Follow On Twitter
CLOSE | OPEN
 
Artikel Up2Det || Kerja Keras Ngeblog || Artikel CP || Nge-Update || Capek Blogging || Blogging OH Blogging || Situs OKE || Info Up2Det..