Di Israel, terdapat institusi pengajian di mana lulusannya bakal mendapat gelaran "nabi".
Sekolah bernama "Cain and Abel School for Prophet" itu menawarkan biasiswa sebanyak 200 shekel bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki gelaran nabi. Apa yang gilanya, untuk mendapatkan gelaran Nabi, para pelajar hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat.
Sekolah tersebut akan memberikan sijil kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat. Siswa-siswa di sekolah tersebut dibenarkan masuk ke kelas dengan hanya memakai baju biasa, menggunakan gadget semasa proses pembelajaran, bahkan ada yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Terdapat juga siswa yang tak segan keluar dari kelas untuk merokok.
Di sekolah ini, para siswa akan belajar tentang maksud mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan penampilan.
Satu-satunya guru sekolah itu, Shmuel Hapartzy percaya, Messiah (Nabi Isa) telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu disiapkan untuk menyambut nabi baru. Anehnya, Hapartzy mengaku tidak menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuatkan murid-muridnya boleh berinteraksi secara langsung dengan Tuhan.
Hapartzy menjelaskan kurikulum yang digunakan di sekolah tersebut mengikuti sifat-sifat seorang nabi. Sehinggakan jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.
"Di masa lalu terdapat golongan nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu," kata Hapartzy, seperti dilapor oleh AP. Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali sebagai tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari yuran kemasukan para murid-murid sekolah nabi.
p/s : Yahudi memang bangang...